Perak Hari Ini

Bentang Cadangan Tubuhkan Perbadanan Stadium Pada Sidang Dun Tahun Hadapan

IPOH:Kerajaan negeri akan membentangkan cadangan bagi kelulusan bagi penubuhan Perbadanan Stadium pada persidangan pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Howard Lee Chuan How berkata cadangan bagi mewujudkan Perbadanan tersebut adalah satu strategi yang baik bagi mengurus mengawal selia dan menyelenggara kemudahan serta prasarana sukan di negeri ini kelak.

“Dengan kelulusan enakmen Perbadanan Stadium pastinya kita mampu meringankan beban pengurusan dan pentadbiran kompleks daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan negeri dengan mewujudkan satu badan berkanun perbadanan khusus dengan bantuan pakar pengurusan hartanah dan pakar pengurusan sukan.

“Mereka akan digabungkan serta satu badan pemikir akan diwujudkan bagi menguruskan kesemua kemudahan sukan yang terdapat dalam negeri ini,” katanya selepas menghadiri persidangan Ekonomi sukan sempena Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Dewan Baquet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Katanya, langkah tersebut bukan sahaja membantu orang ramai menggunakan kemudahan dengan lebih baik sekaligus dapat meningkat prestasi, kualiti dan mutu kemudahan sukan serta menjana pendapatan kepada negeri.

“Kita telah bincangkan dan harap cadangan ini akan diperhalusi selepas ia dibentangkan pada persidangan Dun tahun hadapan.

“Draf asal telah dimulakan oleh pentadbiran lalu, tetapi banyak yang perlu dipinda dan diperbaiki malah konsep ini disambut baik oleh pentabiran sekarang bagaimanapun mengenai keanggotaan dan sumber kewangan perlu diperhalusi lagi,” katanya.

Katanya lagi, PBT juga akan menerima manfaat apabila perbadanan stadium diwujudkan yang mana tugas menyelengara kemudahan sukan kini terletak pada pihak perbadanan.

Mengulas mengenai pendedahan impak ekonomi sukan jelas Howard kesannya sudah mula dirasainya melalui pengajuran Sukma pada 12 hingga 22 September ini apabila kemudahan penginapan dan keunikan makanan di negeri ini telah menjadi tumpuan pihak luar.

“Bagi penganjuran Sukma kali ini sebanyak 11,000 atlet dan para penyokong akan berkampung untuk temasya ini jadi ia memberi impak ekonomi kepada negeri ini yang sudah dapat kita saksikan melalui kemudahan penginapan,makanan dan sebagainya,” katanya.

Katanya Persidangan ekonomi Sukan 2018 yang dianjurkan buat julung kalinya itu membincangkan tentang agenda sukan dan ekonomi bagi membawa pentafsiran baru terhadap bidang sukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");