Panasnya Hari Ini

Beri Peluang Kepada Anwar: Rais

SEREMBAN – “Kita bagilah peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali beraksi dalam politik, kita akan membantu memenangkan beliau,” kata Pengerusi Bersatu Negeri, Tan Sri Rais Yatim mengenai PRK Port Dickson.

Katanya, Presiden PKR itu berhak untuk mendapat keistimewaan memandangkan beliau adalah antara orang terpenting dalam pentadbiran negara pada masa akan datang selain bakal Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.

“Saya yakin Anwar akan menang pada PRK ini dan kita akan bersama menyokong serta membantu untuk memenangkan beliau. Kita tidak akan sesekali biarkan Anwar kalah dan itu adalah janji kita.

“Kita perlu memberi beliau peluang untuk kembali aktif dalam dunia politik khususnya di Dewan Rakyat bagi membolehkan beliau membela nasib masyarakat kawasan itu,” katanya lapor Sinar Harian.

Rais berkata, jika Anwar menang, ia bukan sahaja memberi kelebihan kepada Port Dickson, dalam masa sama ia juga beri kesan kesan positif terhadap pembangunan Negeri Sembilan secara amnya.

Ditanya tentang penyertaan Pas dalam PRK Port Dickson, beliau berkata, kehadiran parti itu tidak akan mengganggu kredibiliti Anwar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");