Perak Hari Ini

CQ Merdeka 2018 Himpun Peminat Radio Amatur

Bulan Kebangsaan pada Ogos lalu telah diserikan dengan pelbagai program untuk menyemarakkan semangat dikalangan rakyat negeri ini turut tidak ketinggalan penglibatan sekumpulan peminat radio amatur dari negeri ini yang menggunakan memanfaatkan kesempatan bulan tersebut dengan aktiviti menarik.

Kinta Valley DX Team(KVDX) dan REAKSI Kerian telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program CQ Merdeka 2018 yang memperkenalkan ‘special callsign’ 9M61MA untuk Negeri Perak pada 31 Ogos hingga 1 September lalu bertempat Sekolah Agama Rakyat At-Taufiqiah Klebang Jaya, Chemor di sini.

Program tersebut melibatkan penyertaan semua pengendali radio amatur di sekitar Negeri Perak khasnya yang bertujuan memberi ruang dan peluang untuk lebih mendalami aktiviti radio amatur disamping dapat melahirkan rasa cinta terhadap Negara serta mempromosikan Malaysia melalui Radio Amatur.

Program yang dilancarkan selama sebulan itu sejak 1 Ogos lalu juga memberi peluang kepada pengendali radio amatur di Negeri Perak mengendalikan ‘special callsign’ 9M61MA secara khusus dalam ‘high frequency’ (HF) di pelbagai ‘mode’ dan ‘band’ yang dibenarkan.

“Objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan berkenaan pengendalian peralatan-peralatan High Frequency (HF) di samping menjalankan aktiviti CQ Merdeka dalam mencari rakan rakan pengendali radio samaada di dalam negara mahupun diluar Malaysia.

“Program ini dianjurkan bersempena Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-61 serta memupuk semangat cintakan negara Malaysia disamping mempromosikan Malaysia di mata dunia melalui komunikasi radio amatur,” kata penganjur menerusi satu kenyataan media.

Program ini dilaksanakan dan dikawal selia oleh pihak 9MDXC dan bukan sahaja melibatkan peserta daripada negeri Perak malah seluruh Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");