Sukan Hari Ini

Durakovic Yakin Perak Mampu Atasi PKNS

IPOH: Walaupun rekod pertemuan musim ini memihak kepada PKNS FC, jurulatih Perak, Mehmet Durakovic tetap nampak sinar di hujung terowong buat anak buahnya apabila apabila kedua-dua pasukan bertemu di peringkat suku akhir Piala Malaysia di Stadium Perak, malam esok.

“Lupakan pencapaian lalu. Ini pertandingan baharu dan suasananya baharu. Saya minta pemain Perak tumpukan perhatian terhadap perlawanan sehingga wisel penamat,” katanya ketika ditemui selepas latihan petang tadi.

Walaupun mengakui kehebatan skuad bimbingan Datuk K Rajagobal, Durakovic berkata Perak adalah pasukan kedua terbaik dalam Liga Super.

Malah, katanya tidak keterlaluan jika dikatakan Perak yang terbaik kerana Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dalam kelas tersendiri daripada segala segi.

“Jadi kami yang terbaik. Saya yakin pemain Perak sedar akan  kemampuan mereka,” ujarnya.

Justeru, pengendali The Bos Gaurus itu mahu anak buahnya mempunyai keyakinan diri tinggi serta tidak goyah untuk menghadapi lawan yang seakan mempunyai badi  ke atas Perak.

“PKNS sebuah pasukan sangat bagus, prestasi pemain mereka hebat. Mereka memiliki pemain tempatan sangat baik dan berpengalaman.

“Saya jangkakan perlawanan sengit, namun jika pemain Perak beraksi dengan corak permainan ditampilkan sebelum ini, kita mampu memberi tentangan  kepada mereka,” katanya.

Begitupun, Durakovic tidak menyembunyikan keresahan kerana turun tanpa kapten Mohd Nasir Basharuddin yang mengalami kecederaan.

“Agak malang kami tidak dapat menurunkan Nasir untuk perlawanan ini. Tetapi perjuangan tetap diteruskan dan saya  berharap siapa yang mengambil alih tempatnya mampu melaksanakan tugas dengan berkesan, ” katanya. -BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");