Membawang Hari Ini

Elfira Loy Akhirnya Mengaku Sudah Bertunang

PELAKON Elfira Loy akhirnya mengesahkan dia sudah menjadi tunang orang dalam satu majlis yang berlangsung pada 2 September lalu.
Elfira turut berkongsi foto pada hari yang dianggap paling istimewa itu.

“Saya berkongsi kepada anda sekeping foto pada majlis istimewa yang berlaku tahun ini. Saya sangat gembira, terharu dan tersentuh.

“Apa yang terbuku di hati biarlah tersimpan di dalam hati. Kerana hati sudah dimiliki,” tulisnya, sebagaimana yang dilaporkan mStar Online.

Pada awal September ini Elfira dilaporkan satu majlis merisik dan bertunang secara tertutup diadakan di kediamannya yang terletak di Alam Damai, Kuala Lumpur.

Namun tiada pihak mengesahkannya termasuklah ahli keluarga.

Hubungan Elfira, 24, dengan lelaki berkenaan mula dihidu beberapa bulan lalu apabila dia memuat naik foto bersama.

Dalam pada itu itu Elfira berkata, dia akan berkongsi semua foto berkaitan kehidupan peribadi di Instagram.

“Instagram merupakan album digital saya untuk selamanya dan saya suka untuk berkongsi apa yang saya suka, cinta dan luahkan apa sahaja di ruang ini,” ujarnya.

Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dalam sebuah majlis besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu hubungan itu putus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");