Membawang Hari Ini

Farah Lee Balas Kritikan Gurauan ‘Daddy Baru’…

BENGANG dikecam individu yang tidak berpuas hati kerana sering membuat kapsyen dan status berkaitan ‘daddy baru’, Farah Lee membalas kritikan.

Farah Lee menyatakan jika benar dia terdesak untuk bersuami sudah lama dia berkahwin. Dia juga mengakui ada sahaja lelaki yang menginginkannya. Tambahnya, dalam beribu post yang dibuat, hanya beberapa post sahaja dia bergurau tentang ‘daddy baru’.

“Kalau betul ‘desperate’, dah lama kahwin. Bukan tiada orang nak, tinggal nak pilih sahaja. Geram jugak, harap faham sarcastic. Dalam beribu ‘post’, sesekala gurau pasal #daddybaru pun nampak selalu,” tulisnya.

Sebelum ini, Farah Lee dikecam individu yang tidak berpuas hati kerana dia sering membuat kapsyen dan status berkaitan ‘daddy baru’.

“Sangat menjengkelkan, selalu sangat ‘update’ daddy baru. Desperate nak bersuami ke,” tulis individu tersebut.

Komen dari individu tersebut telah mendapat hentaman daripada netizen lain yang rata-rata menyokong Farah Lee. Mereka menganggap kapsyen tentang ‘daddy baru’ hanyalah gurauan Farah Lee dan tidak perlu diambil serius.

Malah melalui perkongsian posting Farah telah mendapat 32,362 views yang rata-rata memberi sokongan kepada Farah.

Antaranya, Kaktiengokngek, katanya, apa salahnya selalu sebut ‘daddy baru’ kerana Farah masih muda dan berhak mencari pengganti.

“Farah pun muda lagi, belum cecah 30-an pun. Takkan nak terus mengingati kegagalan perkahwinan yang lalu. Harusla Farah nak pandang masa depan di mana ada daddybaru di situ. Farah juga berhak untuk bahagia. Saya doakan kebahagiaan Farah dan Maream,” tulisnya.

Evaimelda53 pula meminta supaya Farah abaikan sahaja pandangan negatif kerana mereka tidak berasa apa yang kita rasa, dan meminta Farah gembirakan sahaja dirinya.

Kata Dr_kayrakeep pula, orang dengki macam itulah, kita cakap pasal diri sendiri pun, dia sakit hati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");