Sukan Hari Ini

Farizal Mahu Tampil Aksi Terbaik Untuk Harimau Malaya

FARIZAL MARLIAS mahu kemunculan semulanya di pentas antarabangsa memberi manfaat kepada skuad Harimau Malaya dalam Kejohanan Piala Suzuki AFF, November ini.

Memetik laporan Stadium Astro, penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bakal membuat penampilan pertamanya selepas empat tahun bertemu Taiwan, Jumaat ini.

Kali terakhir Farizal beraksi bersama skuad kebangsaan ialah ketika berdepan Palestin pada 2014 dan sememangnya kehadirannya dalam skuad kebangsaan mencuri tumpuan.

Dia, bagaimanapun, menegaskan mahu mempamerkan persembahan terbaik bagi membalas kepercayaan pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe.

“Saya bersyukur kerana dapat kembali bersama skuad negara. Apa yang penting, saya akan cuba menampilkan komitmen penuh ketika beraksi,” katanya.

“Permainan pasukan kini sudah berbeza. Mereka menerapkan permainan yang pantas dan lebih menguasai bola. Gandingan barisan pemain muda dan senior sekali gus meningkatkan lagi mutu pasukan.

“Skuad negara membariskan beberapa penjaga gol yang berkualiti kali ini. Setiap pemain yang dipilih memiliki kelebihan masing-masing dan saya mahu menampilkan prestasi terbaik jika turun beraksi,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");