Membawang Hari Ini

‘Fikirkan Mummy Sudah Hilang Kamu’

KUALA LUMPUR: Selepas mengumumkan selamat melahirkan puteri sulung pada 22 Ogos lalu, pelakon Ummi Nazeera berkongsi detik cemas berdepan pendarahan sebanyak tiga kali ketika proses bersalin.

Ummi, 28, bercerita dia berdepan masalah placenta previa jenis dua di mana uri kandungan berada di bawah sehingga menghalangnya melalui proses melahirkan bayi secara normal.

“Assalamualaikum puteriku, Ayra Aneesah Mohd Izzar.

“Alhamdulillah Allah memudahkan Mummy untuk mengandung tetapi perjalanan untuk mengandungkan kamu sangat mencabar untuk kami (dan suami).

“Mummy ada placenta previa jenis dua dan pendarahan mula berlaku selepas sambutan Aidilfitri lalu,” katanya, sebagaimana dillaporkan BH Online.

Berkongsi pengalaman melalui entri Instagram, Ummi berkata, dia menangis apabila masalah pendarahan itu berlaku.

“Ingatkan Mummy sudah kehilangan kamu. Alhamdulillah, semuanya baik.

“Mummy banyak berehat dan keluar rumah sekali seminggu. Mummy akan cuba segala yang boleh. Banyak berdoa dan bersujud.

“Malangnya, ia berlaku buat kali kedua dan ketiga. Pendarahan yang berlaku terlalu banyak sehingga doktor memutuskan untuk Mummy menjalani pembedahan,” katanya.

Tambah Ummi, apabila diberitahu perlu menjalani pembedahan dengan segera, situasi itu membuatkan dia risau dan terfikir mungkin kehilangan bayinya.

“Ketika itu, Ummi langsung hilang pertimbangan, namun suami (Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khan) terus memberi semangat dan menenangkan Ummi selain meminta terus kuat,” katanya.

Terus meluahkan emosi, Ummi menulis:

“Mummy takut sangat dan hampir hilang pertimbangan. Alhamdulillah, daddy tenangkan dan bertegas dengan Mummy meminta usah nangis dan beristighfar.

“Daddy cakap sambil meletakkan kepala di dahi Mummy dan memegang tangan Mummy dengan kuat. Mummy tahu maksudnya mendalam, hanya Allah yang boleh bantu.

“Alhamdulillah, pembedahan berlangsung dengan baik tanpa komplikasi. Syukur ya Allah. Masa masuk bilik pembedahan, muka Daddy masam sangat. Masa keluar dari bilik itu, muka Daddy terus senyum macam kerang busuk.

“Daddy beritahu sudah jumpa anak dan azan… Alhamdulillah.”

Lega dan bersyukur apabila proses kelahiran lancar, Ummi mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang banyak membantunya sepanjang berada di Hospital Serdang.

“Ketika Mummy melihat kamu, Mummy sangat gembira. Kamu sempurna… Alhamdulillah dan tekaan Mummy tepat. Awak seorang perempuan!” katanya.

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian, Patahnya Sayap Malam itu mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izzar, 31, di ibu negara, pada 23 Julai tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");