Perak Hari Ini

Gua Tambun Dibuka Semula

IPOH: Kerajaan Perak mengumumkan bahawa Gua Tambun yang sebelum ini ditutup sejak Julai lalu bagi memberi laluan kepada kerja naik taraf dan pembersihan, kini dibuka semula.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Tan Kar Hing berkata segala kerja naik taraf itu sudah pun selesai malah semak-samun dan laluan tangga di situ juga sudah ditambahbaik.

Jelasnya kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk turut menambahbaik laluan masuk ke kawasan yang menyimpan lukisan pra sejarah batu dinding berusia lebih 3,000 tahun itu.

“Dahulu laluan masuk di lereng bukit di situ agak bahaya. Jalan masuk yang merentasi sebuah padang kelab Polo di situ merupakan kawasan persendirian.

“Kita telah berbincang dan pihak mereka dan tuan tanah bersetuju untuk membenarkan orang ramai yang mahu ke gua itu menggunakan laluan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Julai lalu, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menutup sementara Gua Tambun selepas pemeriksaan mendapati, terdapat kelonggaran dalam aspek penjagaan.

Antara kerja tapak dilakukan adalah membersihkan laluan masuk ke gua, membaik pulih lantai konkrit serta pemasangan papan tanda penerangan untuk ciri keselamatan pengunjung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");