Berita Hari Ini

Hutang RM1 Trilion Perlu Dilangsai Atau Malaysia Berdepan Status Bankrap – Tun Mahathir

LONDON: Hutang negara perlu dilangsaikan atau Malaysia bakal berhadapan status muflis.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hutang negara yang hampir mencecah RM1 trilion ringgit itu perlu segera dilangsaikan atau rakyat akan berdepan kesukaran.

Beliau berucap pada sesi ‘Dialog Bersama Tun M’ yang diadakan di London, anjuran Kelab Bunga Raya, di sini pada Ahad.

Dr. Mahathir sebelum itu menyentuh berkenaan kedudukan kewangan negara, secara khususnya berkaitan hutang negara, dimana beliau menekankan bahawa walaupun wang yang dihutang itu terah dianggap “hilang”, ia masih harus dibayar lapor Astro Awsni.

Sekiranya ia gagal dilunaskan, negara berkemungkinan diisytihar muflis, tambahnya.

Tambah beliau lagi, pembayaran balik hutang adalah penting, malah ada kemungkinan besar kerajaan terpaksa menjual aset negara untuk menampung pembayaran hutang serta mengurus tadbir negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");