Perak Hari Ini

Insiden Gaduh Pasukan Bola Sepak Johor Dan Terengganu Sukma Perlu Jawab Sebelum 12 September

IPOH:Pasukan bola sepak Johor dan Terengganu dalam Kumpulan B Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 diberi tempoh sehingga 12 September ini bagi menjawab tuduhan insiden pergaduhan di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, petang semalam.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata pihak Jawatankuasa Disiplin FAM berhak mengambil sebarang tindakan terhadap insiden tersebut.

Katanya, pihak JDT telah memberikan laporan kepada jawatankuasa Displin Fam yang akan diteliti kelak.

“Kita amat kesal dengan apa yang berlaku terutama yang melibatkan sukan bola sepak dan insiden ini tidak pernah berlaku dan berharap atlet serta pihak pengurusan mengutamakan displin sebagai elemen penting.

“Jangan jadikan sebarang pertikaian sebagai punca dan kita tidak dapat mengawal emosi kerana tindakan itu memalukan diri sendiri dan sukan itu sendiri.

“Kita mempunyai saluran protes gunakan saluran yang betul dan jaga emosi, saya ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan venue kerana dapat mengawal keadaan berharap ia tidak berlaku pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu insiden pada masa tambahan (minit ke-90+4) itu berpunca selepas berlaku provokasi tolak menolak menyaksikan seorang pemain Johor dilihat mula menendang seorang pemain Terengganu sebelum keadaan menjadi tidak terkawal, seketika.

Malah, insiden tersebut juga menyebabkan seorang penjaga garisan yang cuba mententeramkan keadaan terjatuh setelah ditolak beberapa pemain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");