Perak Hari Ini

Isu LGBT: Saya Sama Dengan Tun Mahathir

IPOH:Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud usaha untuk melagakannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkaitan dengan isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak diterima di negara ini.

Malah katanya beliau sepakat dan bersetuju dengan kenyataan Mahathir mengenai isu itu bagaimanapun terdapat undang-undang yang perlu dikaji semula.

“Saya dan Tun Mahathir sama dalam perkara ini, kita adalah masyarakat Malaysia yang faham agama dan kita tidak setuju dengan perkahwinan sejenis yang kita sebut perkahwinan antara lelaki dan perempuan .

“Bezanya ada undang-undang dibawa Inggeris ke India zaman penjajah Malaysia ketika itu Malaya bawa undang-undang itu ke sini bagi saya undang-undang itu tidak adil dan perlu dikaji semula itu dia nak tunjukkan saya tak sependapat laga-lagakan saya dengan Tun Mahathir,” katanya.

Katanya beliau telah berkawan dan bergaduh dengan Tun Mahathir sudah cukup lama dan sekarang ini bersepakat untuk menyelamatkan negara daripada rompakan pemimpin terdahulu.

“Saya mahu pakatan Anwar Mahathir dan parti pakatan harapan untuk menyelamatkan negara dari kerosakan yang telah dilakukan tak perlu gugat itu semua, saya tekankan ini kerana tidak mahu penghasut ini membisik ke telinga pimpinan parti diperingkat cabang ada percubaan begitu.

“Nak teruskan fitnah dengan perangai dahulu boleh teruskan kerana saya pergi ke semua negeri bawa mesej yang sama,” katanya.

Sementara itu beliau menegaskan bahawa tidak perlu untuknya kehilangan Melayu dan Islam semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya katanya sekiranya Melayu dan Islamnya hilang beliau sama sekali tidak layak mengalas tugas sebagai pemimpin nombor satu negara iaitu Perdana Menteri.

“Ada kawan-kawan yang anggap dan berpandangan liberal bahawa Anwar ini Melayu sangat dan agak Islam, adakaha saya hilang Melayu dan Islam saya baru layak jadi perdana menteri, saya kata kalau saya hilang Melayu serta saya hilang Islam saya tak layak jadi perdana menteri,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis Amanat Perdana Malaysia Baru bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Auditorium Rtm Perak hari ini.

Malah beliau mengakui akan terus mempertahankan kepentingan dan kedudukan Melayu supaya tidak terpinggir dan terus memberikan jaminan keadilan kepada semua kaum.

“Biarpun saya akan mempertahankan kepentingan Melayu supaya tidak terpinggir dengan kemiskinan tak ada ruang perniagaan besar di bandar-bandar saya tetap akan jaga orang yang bagi sokongan dan kenyakinan pada iaitu kaum India dan Cina,” katanya.

Katanya parti keadilan akan memartabatkan Islam Islam sebagai Agama Persekutuan malah terima Melayu akan menjadi baik apabila kefahaman dakwah dan akhlak berteraskan kefahaman Islam.

“Kita tidak gunakan Islam untuk menekan orang lain buat tafsiran untuk menghukum sahaja sebaliknya fahaman kita dakwah penafsiran syariah yang benar dan baik dalam konteks masyarakat pelbagai kaum.

“Saya tidak peduli orang fikir saya pertahankan kedudukan Bahasa Melayu terhakis itu yang tidak boleh tolak ansur, baik Melayu semua kaum sama-sama mahu martabatkan bahasa tetapi juga beri ruang kepada bahasa lain seperti bahasa Cina yang menjadi bahasa ekonomi rantau ini termasuk Tamil tiada ruginya,” katanya.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");