Panasnya Hari Ini

‘Itu Pandangan Peribadi KJ’

SHAH ALAM – Kenyataan dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai hukuman sebat terhadap dua wanita atas dakwaan melakukan hubungan sejenis di Terengganu tidak mewakili suara Umno.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang kenyataan dari parti perlu diputuskan mesyuarat tertinggi.

“Pandangan Khairy adalah pandangan peribadi.. Jika pandangan parti mestilah diputuskan dalam mesyuarat tertinggi atau sekurang-kurangnya mesyuarat pengurusan.

“Sesiapa yang memberikan pandangan selain daripada itu adalah pandangan peribadi,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Khairy dalam perkongsian Twitter tidak bersetuju tindakan sebat di khalayak ramai.

“Banyak lagi cara untuk menangani isu LGBT. Walaupun termaktub dalam undang-undang tak wajar dilaksanakan sebatan di khalayak ramai. Islam teaches us to look after the dignity of every haman being. And that mercy is preferable to punishment (Islam mengajar kita untuk menjaga maruah insan dan belas kasihan),” tulisnya.

Wanita berusia 32 dan 22 tahun ditahan atas cubaan melakukan hubungan sejenis dalam sebuah kereta di Dungun.

Selain sebat, mereka berdepan denda RM3,000 atau penjara empat bulan jika gagal menjelaskan bayaran tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");