Berita Hari Ini

Jadi Jentera Politik: PTD Perlu Dipulihkan Semula – Tun M

BANDAR SERI BEGAWAN: Sektor perkhidmatan awam melibatkan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) perlu dipulih semula daripada pengaruh politik seperti yang berlaku sebelum ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PTD telah menyimpang daripada tugasnya termasuk apabila ia menjadi jentera parti politik kerajaan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Jelasnya, PTD yang sepatutnya bebas daripada pengaruh politik juga telah diarah untuk menyuruh rakyat menentang Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 lalu.

“PTD memang bebas daripada dikuasai oleh pemerintah, tetapi PTD juga dikehendaki menurut perintah daripada kerajaan pilihan rakyat.

“Namun, apabila kerajaan pilihan rakyat (Barisan Nasional) itu bukan sahaja memberi arahan, tetapi juga mengguna wang untuk menghasut pegawai-pegawai PTD, mereka sudah sampai kepada tahap yang mana pegawai PTD dilihat berkempen untuk BN dalam PRU14.

“Mereka pakai baju biru dan berkempen dengan menyuruh rakyat semua jangan undi PH dan sebagainya. Ini bukan kerja PTD dan PTD tidak boleh buat kerja itu kerana mereka adalah neutral,” ujarnya menjawab soalan pada Sesi Dialog bersama rakyat Malaysia di Brunei di sini pada Ahad lapor Astro Awani.

Jelasnya, walaupun PTD berhak untuk mengundi, namun mereka tidak ada hak untuk berkempen atas arahan kerajaan pada masa itu.

“Sebab itu, sekarang ini kita hadapi masalah, kerana ramai juga daripada PTD yang telah menyeleweng dan tidak lagi bekerja untuk negara, tetapi bekerja untuk parti. Inilah masalah yang kita hadapi sekarang ini.

“Saya berpendapat bahawa kita perlu memulihkan semula PTD supaya mereka kembali menjadi satu badan petugas yang terbaik,” jelasnya mengharapkan PTD kembali gemilang seperti suatu ketika dahulu.

Menurutnya, suatu ketika dahulu PTD dipandang tinggi sehingga bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Komanwel bagi Pengurusan dan Pentadbiran Awam (CAPAM).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");