Perak Hari Ini

Jangan Salah Guna Masjid Untuk Agenda Politik

IPOH:Kerajaan Perak memberi amaran keras kepada jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini untuk tidak sama sekali membenarkan mana-mana pihak menjadikan masjid sebagai tempat menyebar agenda politik kepartian.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata satu arahan akan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) supaya masjid tidak digunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penganjuran program kebangkitan Ummah anjuran Gerakan pembela ummah Perak di salah sebuah masjid di Bangan Serai pada 5 Oktober ini rata-ratanya menampilkan kepimpinan parti politik.

“Masjid sepatutnya digunakan untuk menyatu padukan umat dengan menyampaikan pendidikan serta kuliah berfaedah kepada masyarakat malah ia tidak sepatutnya digunakan untuk menimbulkan polemik yang tidak dikehendaki sebaliknya hanya mendatangkan keburukan dan perpecahan ummah,” katanya selepas menghadiri majlis gotong-royong perangi denggi di Kampung Tengku Hussein Manjoi hari ini.

Katanya, parti-parti politik dihalang untuk menggunakan masjid bagi menyebarkan agenda mereka dengan bertopengkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) menerusi pelbagai program yang berunsurkan politik.

“Saya tidak menghalang masjid digunakan untuk tujuan kebaikan memberikan ilmu kepada masyarakat kerana itu peranan masjid yang utama malah saya tidak menghalang parti politik berkempen, saya hormati hak kebebasan bersuara tetapi jangan menyalahgunakan premis masjid.

“Sila guna tempat lain mereka ada markas gunakan markas jangan gunakan masjid denagn bertopengkan NGO untuk kepentingan tokoh politik serta bagi menyebar luas agenda politik mereka sahaja, saya tidak benarkan.

“Kerajaan Negeri akan keluarkan arahan supaya Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) tegas dalam perkara ini, mengeluarkan arahan kepada masjid dan surau supaya menghentikan penyalahgunaan premis masjid dan surau menggunakan ngo sebagai topeng menyebarkan agenda politik,” katanya.

Tegasnya, parti politik di pihak kerajaan mahupun pembangkang sama sekali tidak dibenarkan menggunakan masjid untuk tujuan lain.

“Satu arahan akan dikeluarkan supaya membatalkan penggunaan premis telah ditetapkan untuk program 5 Oktober itu sekiranya arahan tidak dipatuhi tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pengurusan masjid berkenaan.

“Pendakwah dan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid perlu menanggalkan baju politik kepartiannya dalam urusan pentadbiran masjid,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");