Berita Hari Ini

Jawi Pantau Program Pro Syiah, Who Is Hussin

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memandang serius program sumbangan donut percuma dan pengedaran risalah anjuran pertubuhan pro Syiah, Who Is Hussin yang berlangsung di Stesen Monorail Bukit Bintang pada 22 September lalu.

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail, berkata, hasil aduan awam yang diterima di media sosial, Jawi mengambil tindakan membuat pemantauan berterusan berhubung aktiviti yang disifatkan bercanggah dengan undang-undang itu.

“Untuk makluman, berdasarkan keputusan fatwa oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada penganut agama Islam di Wilayah Persekutuan adalah dilarang.

“Justeru Jawi memohon pihak-pihak yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti seperti di atas agar menyalurkan maklumat tersebut kepada Jawi untuk tindakan lanjut.

“Dalam masa yang sama, Jawi menasihatkan semua pihak bertenang dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa bagi menangani sebarang isu yang timbul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aktiviti pertubuhan Who Is Hussin di Stesen Monorail Bukit Bintang pada 22 September lalu dimuat naik oleh aktivis, Khalid Mohd Ismath di laman Facebook miliknya berserta dengan gambar memaklumkan tentang pemberian donut percuma daripada pertubuhan itu.

Khalid memuat naik status “Labbayka ya hussain. Free donut from Whoishussein malaysia! Monorail bukit bintang.” beserta dengan gambar suasana program berkenaan.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");