Perak Hari Ini

Johor Berjaya Pertahankan Kejuaraan Lompat Bergalah Lelaki

IPOH: Johor berjaya mempertahankan kejuaraan acara lompat galah lelaki semenjak 2014, apabila Muhammad Naufal Shahrul Afzan berjaya menghadiahkan emas buat negerinya pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 edisi ke-19 kali ini.

Acara yang berlangsung hari ini, di Stadium Perak, di sini, menyaksikan atlet dari Sekolah Sukan Negeri Johor itu selesa mengungguli tempat pertama setelah berjaya melakukan lompatan 4.50 meter.

Dilaporkan, Naufal ketika beraksi dalam temasya Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) ke-10 di Bukit Jalil, Julai lalu hanya berjaya memperolehi gangsa.

Kejayaanya pada Sukma Perak 2018 hari ini, gagal dipintas atlet Wilayah Persekutuan, Mohammad Zakariya Minsuri yang sekadar memperoleh pingat perak dan atlet Kelantan, Mohamad Izzat Nordin pula, memperoleh gangsa.

Namun, pasangan Naufal, Muhammad Afiq Ahmad Alham yang sebelum ini berjaya menghadiahkan perak pada Sukma Sarawak 2016, gagal memperoleh sebarang pungutan mata.

Dua atlet lompat bergalah daripada Pahang, Wan Muhammad Nazreen Haziq Wan Mohd Nazri dan Muhammad Ammar Mohd Samsudin pula, masing-masing selesa berada pada tangga keempat dan kelima dengan catatan tinggi lompatan 4.0 meter dan 3.70 meter.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");