Perak Hari Ini

Johor Rangkul Emas Acara Lontar Peluru Lelaki

IPOH:Atlet lontar peluru dari Johor Farm Loong Deng berjaya memenangi pingat emas acara melontar peluru lelaki pada acara olahraga Sukan Malaysia (Sukma) Perak yang berlangsung di Stadium Perak hari ini.

Dalam saingan akhir tersebut Farm berjaya membuat lontaran 15.14 meter untuk membolehkan dia meraih pingat emas.

Manakala perak dimiliki Wilayah Persekutuan Loh Chen Hoa dengan lontaran 14.01m dan pingat gangsa dimiliki atlet Sabah Zulkifli Saidin dengan lontaran 13.90m.

Setakat penganjuran Sukma hari ini Terengganu masih mendahului apabila berada di tangga pertama dengan jumlah pingat terbanyak iaitu 57 pingat diikuti Wilayah Persekutuan dan pasukan tuan rumah Perak ditangga ketiga.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");