Jenayah

Kanak-kanak Perempuan Hiper Aktif Jatuh Tingkat 12

PULAU PINANG- Seorang kanak-kanak perempuan golongan orang kurang upaya (OKU) maut selepas terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 sebuah pangsapuri di Paya Terubong, Ayer Itam, di sini kira-kira pukul 1 petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Lim Yi Xuan, 8, dikatakan memanjat meja yang terletak berdekatan tingkap rumahnya sebelum terjatuh di kawasan letak kenderaan pangsapuri berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, menurut maklumat awal, mangsa dikatakan seorang kanak-kanak OKU yang cacat pembelajaran selain hiper aktif.

“Mangsa ditemukan terbaring di kawasan tempat letak kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini, lapor Utusan Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");