Membawang Hari Ini

Kecoh Justin Bieber, Hailey Kahwin Dalam Diam

PENYANYI Justin Bieber dikhabarkan telah berkahwin dengan tunangnya iaitu Hailey Baldwin di sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat pada Khamis lalu.

Menerusi portal E! News, sumber terdekat pasangan muda ini mengesahkan mengenai perkara tersebut.

Justin dan Hailey dikatakan membuat pendaftaran perkahwinan mereka di sebuah pejabat di bandar tersebut.

“Mereka berkahwin tanpa dapat dihidu oleh sesiapa.

“Kedua-duanya kelihatan emosi ketika memasuki pejabat tersebut dan kelihatan Justin menangis kerana akhirnya Hailey menjadi isterinya yang sah,” kata sumber memetik laporan Mstar Online.

Namun sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi mengenai perkahwinan tersebut, malah menerusi laman Twitter, Hailey ada menafikan mereka sudah berkahwin.

Bagaimanapun perkongsian itu telah dipadam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");