Sukan Hari Ini

Kelab Thailand Pancing Akhyar

ALOR SETAR – Penyerang muda Kedah, Akhyar Rashid kini dalam perhatian sebuah pasukan besar di liga utama Thailand.

Memetik laporan Sinar Online, sumber terdekat pemain berbakat itu berkata, proses perbincangan kini sedang berjalan untuk membawa pemain tersebut beraksi di sana pada musim hadapan.

Bagaimanapun, banyak maklumat tidak dapat dikongsi buat masa sekarang kerana perlu menghormati Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berikutan Akhyar masih lagi berbaki kontrak setahun.

“Sekarang tengah hangat diperkatakan tentang pemain muda ini apabila tersebar gambarnya di Johor.

“Saya akui beliau sebenarnya menjadi sasaran beberapa pasukan gergasi di negara ini selepas menunjukkan prestasi cukup baik pada tahun ini,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar.

Menurut sumber itu, gambar yang tular di JDT sekadar lawatan sahaja.

Tambahnya, prestasi memberangsangkan pemain itu juga secara tidak langsung menarik minat kelab luar memberi peluang kepada Akhyar untuk melebarkan kerjayanya di peringkat antarabangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");