Perak Hari Ini

Kementerian Beri Keutamaan Untuk Bina Hospital Seri Iskandar

IPOH:Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memberi keutamaan kepada projek pembinaan Hospital Seri Iskandar kerana ia melibatkan keperluan dan kemudahan rakyat.

Menterinya, Baru Bian berkata keperluan yang dimaksudkan meliputi projek jalan raya dan kemudahan rakyat.

“Satu taklimat antara kementerian dan kerajaan negeri akan diadakan bagi mengetahui projek yang telah diluluskan dan diberi keutamaan projek libatkan kemudahan rakyat,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat menteri besar Perak di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.

Kunjungan ke Perak katanya adalah ketiga selepas Kedah dan Pulau Pinang bagi sesi perbincangan tentang projek dan pemohonan untuk diteruskan melibatkan seluruh negara.

“Kita akan kategorikan beberapa projek yang telah diluluskan terdahulu untuk sama-sama berbincang dan menerima cadangan bagi projek yang diberi keutamaan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Katanya lagi penelitian dan perbincangan akan dijalankan dengan pelbagai pihak termasuk Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi projek-projek yang dilihat kritikal dan utama.

Sementara itu Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata keutamaan pihak kementerian adalah satu tindakan positif yang disokong kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri satu hati dengan pihak Kementerian dan akan memberikan pandangan positif untuk melaksanakan projek yang tertangguh dalam masa terdekat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");