Perak Hari Ini

Kementerian Kesihatan Kaji Mekanisme Kawalan Harga Ubatan

IPOH:Kementerian Kesihatan sedang berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mendapatkan mekanisme yang sesuai bagi melaksanakan kawalan harga ke atas ubat-ubatan dalam pasaran.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye perbincangan tersebut telah dimulakan pada bulan lepas dan dijangka akan diperolehi selewatnya tahun ini.

“Kementerian berharap ubat yang dibawa masuk ke Malaysia akan melalui satu kaedah yang lebih senang dan tidak merumitkan proses import ubatan tertentu supaya kos dalam bidang farmasi tidak begitu meningkat secara mendadak,” katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa ke 2 bagi farmasi dan sains kesihatan anjuran Universiti Kuala Lumpur (UniKL RCMP) Perak di Meru Raya hari ini.

Terdahulu persidangan bertemakan “Mengintegrasi Penyelidikan Teknologi dan Amalan Ke Arah Kesihatan Mampan” itu disertai sekitar 150 peserta yang membincangkan mengenai bidang farmasi, fisoiterapi dan beberapa dasar perkhidmatan kesihatan negara ini.

Katanya lagi,penyelidikan yang berkaitan bidang farmakologi perlu diberi perhatian khusus berikutan situasi peningkatkan harga ubatan kian meningkat hingga satu tahap kerajaaan berhadapan dengan masalah kewangan.

“Ada ketikanya kita berhadapan dengan kekangan bekalan ubat tetapi kementerian kesihatan telah ambil langkah awal untuk membetulkan keadaan dengan menambah bilangan stok dan pemantauan terhadap stok dengan lebih rapi.

“Bekalan ubatan tidak menjadi masalah besar buat pesakit yang menerima kemudahan dariapda kementeri kesihatan kini namun apa yang perlu diberi perhatian mengenai harganya yang meningkat setiap tahun 10 hingga 20 peratus,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");