Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Sambut Baik Keputusan KPLB Teruskan 41 Projek

IPOH: Kerajaan Negeri Perak menyambut baik keputusan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam meneruskan 41 projek di luar bandar seluruh negeri yang tertangguh sebelum ini.

Menteri Besar, Ahamd Faizal Azumu berkata pihaknya berharap agar keputusan tersebut dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Mewakili kerajaan negeri, saya mengucapkan terima kasih kerana beberapa projek yang tertangguh, kini dapat diteruskan, selepas kita mengadakan rundingan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu siri lawatan kerja Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun ke Pejabat Menteri Besar, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Selasa.

Selain itu, Ahmad Faizal turut menyambut baik inisiatif KPLB yang mahu menjadikan negeri Perak sebagai tuan rumah bagi penganjuran Sambutan Hari Orang Asli Peringkat Kebangsaan, pada Oktober ini.

Acara yang julung kali diadakan itu bakal berlangsung di Tapah dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");