Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Sedia Bekerjasama Dengan Badan NGO Perak

IPOH:Kerajaan Negeri sedia menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pelbagai aspek terutama dalam aktiviti kebajikan.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata Kerajaan negeri sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam menyokong aktiviti kebajikan anjuran NGO di negeri ini serta usaha membela nasib anak bangsa.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan kerjasama dengan pihak NGO khususnya melibatkan hal kebajikan dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) sepatutnya menjadi contoh teladan yang baik kepada rakyat di luar sana yang membantu kebajikan anak yatim,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada program Fiesta Amal Merdeka 2.0 #RaikanAnakYatim yang berlangsung di  D`Polo Cafe hari ini.

Katanya satu siri pertemuan akan diatur bersama pihak NGO Perak bagi merancang aktiviti dan hala tuju bersama pihak Kerajaan negeri.

“Anak-anak yatim perlu berusaha gigih mencapai kejayaan pendidikan menjamin masa depan anda jangan biarkan kekurangan ini menjadi penghalang untuk anda menjadi insan yang berjaya dan kerajaan negeri akan berusaha yang terbaik bagi membela nasib anak-anak ini sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu seramai lebih 600 orang anak-anak yatim daripada 18 rumah anak yatim di seluruh negeri ini menyertai program Fiesta Amal Merdeka 2.0 #RaikanAnakYatim yang berlangsung di Padang Polo & D`Polo Cafe Hall hari ini.

Fiesta tersebut merupakan penganjuran bersama Badan Budaya Perak,Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak,Pertubuhan Jalinan Bersatu Sahabat Perak – JABAT Perak,Komuniti Ipoh Halal Food,Persatuan Informasi Pelancongan dan Kesihatan Perak (PIPKP),Persatuan Pelukis Perak dan Kelab Kebajikan Setia Amal Ipoh Perak(KESAH).

Pelbagai acara menarik yang berlangsung seperti Persembahan Kebudayaan oleh Badan Budaya Perak,Persembahan Busking, Persembahan Kugiran,Persembahan Artis Jemputan,Persembahan Busana Melayu,Ceramah Agama,Kempen Menderma Darah Pertandingan Mewarna dan Melukis,Menghias ‘cup cakes’,Booth-booth jualan makanan dan pelbagai Bengkel menarik iaitu bengkel teater,Bengkel Mendaki dan Bengkel-bengkel pembelajaran kemahiran hidup oleh NGO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");