Panasnya Hari Ini

Khir Toyo Sertai Bersatu? Ini Pesanan Jamal

KUALA LUMPUR – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos menyarankan agar bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo untuk setia dengan perjuangan parti.

Menurut Jamal, beliau berharap agar dakwaan yang mengaitkan Khir menjadi penaja kepada parti Bersatu di bahagian Tanjong Karang adalah tidak benar walaupun terdapat bukti didedahkan oleh pihak tertentu berhubung perkara itu.

“Walaupun ada gambar-gambar dan salinan borang keahliannya (menyertai Bersatu), namun saya akan tutup perkara ini selagi beliau tidak isytiharkan.

“Saya doakan beliau tetap dalam perjuangan Umno untuk membela rakyat,” katanya ketika sesi sembang santai di kediamannya, sebagaimana dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

Pada Julai lalu, timbul spekulasi mengatakan Khir bakal keluar Umno malah beliau turut membayangkan keputusan itu menerusi satu grup WhatsApp yang tular sebelum ini.

Khir dikatakan bertindak demikian berikutan kecewa apabila terdapat pemimpin yang menjadi buruan polis menang dalam pemilihan parti.

Dalam pada itu, Khir menerusi jawapan ringkasnya ketika dihubungi Sinar Harian menafikan perkara itu.

“Tak ada apa-apa. Saya menafikan. Tak ada lagi (sertai Bersatu),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");