Panasnya Hari Ini

KJ Tak Mahu Dipecat, Mahu Bertanding Presiden 2021

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin menegaskan dia tidak mahu dipecat walaupun berbeza pendapat dengan kepimpinan Umno kerana dia ada satu misi penting, iaitu mahu bertanding jawatan presiden parti pada 2021.

Ahli Parlimen Rembau itu menjawab catatan seorang pengguna Twitter yang mengatakan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya tidak mahu dipecat, saya hendak bertanding jawatan presiden 2021,” katanya di Twitter hari ini.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter, HajiMat5 memuatnaik gambar Khairy dan Zahid bersebelahan dengan kapsyen “Kelat pisang kelat, muka bujur tahi lalat, batu pisang batu, aku dan Zahid tidak sebulu, alahai majlis tertinggi pecatlah aku”.

Pengguna Twitter itu bagaimanapun tidak menyatakan apa-apa kejadian khusus.

Khairy tewas kepada Zahid pada pemilihan Umno Julai lepas.

Sementara itu, Khairy dalam catatan lain menggesa pihak berkuasa segera membawa pulang ahli perniagaan Low Taek Jho dan mendakwanya di mahkamah.

“Polis kata mereka tahu di mana dia berada. Kerajaan kata ada banyak bukti terhadapnya. Dia menjadi beban kepada parti saya.

“Lakukan apa yang perlu, bawanya pulang ke muka pengadilan,” kata bekas menteri belia dan sukan itu.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");