Perak Hari Ini

Kontinjen Futsal Sabah Tarik Diri Sukma 2018

IPOH: Kontinjen Futsal Lelaki dan Wanita Negeri Sabah mengumumkan keputusan menarik diri dalam pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 kali ini.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee berkata keputusan tersebut diambil pihak pengurusan selepas mengambil kira perkembangan semasa dan risiko penularan virus MUMPS (Beguk) yang disahkan menerusi keputusan daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh malam tadi.

“Seperti mana kita sedia maklum, pada 9 September 2018, kita telah mengadakan satu kenyataan akhbar mengenai atlet-atlet yang telah disyaki mengalami gejala beguk (MUMPS).

“Berikutan itu, satu ujian pengesahan diagnostik MUMPS telah dibuat kepada satu atlet wanita yang berumur 16 tahun, seperti mana saya janji bahawa hari ini adalah hari yang kita terima keputusannya.

“Dukacita dimaklumkan bahawa keputusan ujian pengesahan diagnostik mumps yang telah diambil daripada atlet tersebut didapati positif untuk virus mumps,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Katanya lagi ketetapan menerusi satu mesyuarat telah bersetuju untuk memberi peluang bagi Kontingen Futsal Negeri Sabah menukar atlet-atlet mereka untuk bertanding dalam Temasya SUKMA kali ini.

Bagaimanapun kontinjen Sabah mengambil keputusan menarik diri selepas mengambil kira perkembangan semasa dan risiko penularan virus tersebut kepada pasukan-pasukan lain yang mungkin terjadi semasa bertanding kelak.

“Saya pasti mereka telah berlatih bersungguh-sungguh, namun begitu disebabkan jangkitan ini, membuat atlet-atlet yang terlibat gagal bertanding. Kami amat prihatin dan sedih kerana berlakunya kejadian ini.

Menurut Howard, seramai 36 orang atlet dan lima pegawai pasukan futsal Sabah terpaksa dikuarantinkan bagi mengelakkan penularan virus beguk dikalangan peserta negeri lain di satu lokasi yang dirahsiakan.

“Terdapat sebelas atlet futsal Sabah iaitu tujuh lelaki dan empat wanita didapati mengalami gejala tidak spesifik seperti demam, sakit tekak dan keletihan di mana mereka mempunyai sejarah terdedah dengan kes yang disahkan mumps.

“Manakala 19 atlet lelaki dan wanita bersama lima pegawai mereka yang terdedah kepada kes yang disahkan mumps ini tetapi tidak mengalami sebarang gejala turut diasingkan sejak 7 September,” katanya.

Sementara itu Ketua Kontinjen Negeri Sabah Sukma 2018, Arunarnsin Taib berkata keputusan menarik diri daripada acara Futsal selepas mengambil kira perkembangan semasa dan risiko penularan virus tersebut kepada pasukan lain yang mungkin terjadi semasa pertandingan.

“Pastinya keputusan ini berat tetapi kesihatan adalah lebih penting jadi kami mengambil keputusan terbaik untuk semua,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");