Panasnya Hari Ini

Langkah PD: Siti Kasim Ajak Pengundi Tolak Anwar

Peguam kontroversi, Siti Kasim mahu pengundi di Parlimen Port Dickson mengajar PKR dan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil (PRK) itu nanti.

Menulis di Instagram, Siti Kasim berkata, keluarga Anwar tidak sepatutnya berfikir boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahukan.

“Jangan undi Anwar. Biar pembangkang menang. PKR dan keluarga Anwar mesti diberi pengajaran. Mereka lakukan perkara ini sebanyak tiga kali.

“Tidak boleh lagi! Mereka fikir mereka boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahu atas tanggungan kita? Tidak!” kata Siti Kasim.

PRK Port Dickson adalah pilihan raya ketiga diadakan khas bagi membolehkan keluarga Anwar bertanding

Pada Julai 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil di kerusi parlimen berkenaan.

Pada 2014, dengan ‘Langkah Kajang’, ADUN Kajang dari PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding dan menjadi menteri besar Selangor bagi mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun ini tidak menjadi kenyataan apabila Anwar dihadapkan ke mahkamah dan Dr Wan Azizah pula bertanding di Kajang. Hasrat isteri Anwar menjadi menteri besar juga tidak kesampaian apabila tidak mendapat persetujuan PAS. Sebaliknya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai menteri besar baru.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan Anwar yang juga Presiden PKR yang baru dipilih akan bertanding di PRK Parlimen Port Dickson.

Penyandang kerusi itu, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar.

PRK itu bertujuan untuk membolehkan PKR meletakkan Anwar untuk mendapatkan semula mandat daripada rakyat untuk kembali ke Parlimen.

Beliau ditetapkan untuk menjadi perdana menteri kelapan menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad melalui persetujuan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (HARAPAN). Tetapi untuk membolehkan ia berlaku beliau mesti menjadi anggota parlimen terlebih dulu.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");