Panasnya Hari Ini

Lantikan Rais: Bersatu Perlukan Orang Lama…

SEREMBAN – Pelantikan Tan Sri Dr Rais Yatim sebagai Ketua Bersatu Negeri Sembilan adalah pilihan paling tepat.

Ketua Wanita Bersatu Negeri Sembilan, Maimunah Kader berkata, walaupun Rais masih baru dalam Bersatu, beliau mempunyai banyak pengalaman dalam politik dan berpengetahuan luas.

“Bagi saya, Bersatu perlukan orang lama untuk mengemudi parti ini memandangkan kita baru dua tahun ditubuhkan.

“Lihat apa yang Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri lakukan untuk mencorakkan semula negara apabila melantik orang-orang lama yang nyata lebih berpengalaman,” katanya lapor Sinar Harian.

Menurutnya, ia bukan bermaksud Bersatu di Negeri Sembilan kekurangan pemimpin muda, tetapi adalah lebih baik jika dipacu oleh mereka yang sudah terbukti kredibilitinya.

Beliau berkata, parti itu juga perlukan satu momentum baharu supaya tidak lagi dicop sebagai Umno.

“Ada yang muda, tapi tak berani ke depan. Ada yang berani ke depan, tapi tidak diyakini. Tapi apabila Rais dipilih sebagai peneraju Bersatu negeri ini, kita semua lebih bersemangat dan yakin beliau boleh jadi contoh yang baik.

“Pengalaman itu penting dan Rais sendiri ada hubungan yang baik dengan Dr Mahathir. Harapnya Bersatu di Negeri Sembilan akan lebih diberi ruang dalam PH selepas ini,” katanya.

Kini, Maimunah berkata, kepimpinan tertinggi Bersatu di negeri ini hanya menunggu masa untuk dipanggil bermesyuarat bersama Rais buat kali yang pertama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");