Panasnya Hari Ini

Lebih Banyak Pilihan Kerusi Parlimen Buat Anwar, Mungkin Sungai Petani, Port Dickson Atau Alor Setar?

KLANG: Spekulasi bahawa Presiden PKR yang dipilih, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mempunyai pilihan lebih banyak kerusi Parlimen untuk bertanding dalam pilihan raya kecil untuk memasuki Parlimen.

Tiga kerusi tersebut adalah Sungai Petani, Port Dickson dan Alor Setar.

Bagaimanapun, Anwar dan pemimpin tertingginya setakat ini enggan memberikan sebarang petunjuk di mana kerusi yang dipilih presiden PKR itu.

Menurut sumber-sumber parti, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai atau Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mungkin mengundurkan diri untuk Anwar.

Malah ada yang mengatakan bahawa Johari, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun, akan memberikan kerusi parlimennya kepada Anwar berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Johari ketika dihubungi pada Isnin berkata, kerusi Sungai Petani kini adalah yang ‘paling panas’ dan paling sesuai untuk Anwar.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak mengenakan syarat termasuk jawatan tertinggi tertentu.

“Saya hanya berkata bila Anwar menjadi perdana menteri dan jika dia datang dari Sungai Petani, saya boleh melakukan ‘keajaiban’ di sini,” jelas Johari.

Johari berkata, penggunaan perkataan “melakukan keajaiban” telah disalahtafsirkan seolah-olah beliau meminta untuk pertukaran bagi mengundurkan diri dari kerusi parlimen.

“Saya fikir beliau mungkin akan memilih Sungai Petani untuk bertanding tetapi sudah tentu Anwar mempunyai kebebasan memilih mana-mana kerusi yang beliau mahukan,” kata Johari.

Ming Kai ketika dihubungi berkata, beliau sedia memberikan kerusinya kepada Anwar sekiranya diminta berbuat demikian.

“Kerusi bukan milik individu. Ia adalah milik parti,” katanya.

Ditanya sama ada sesiapa telah menghubungi beliau untuk mengosongkan kerusi Port Dickson buat Anwar, Daniyal berkata, belum ada sesiapa yang bercakap dengannya.

“Ia semua cakap-cakap dan spekulasi, tetapi ramai yang mengatakan jika ada keperluan, mereka akan membuat pengorbanan.

“Apa yang dikatakan, keputusan muktamad nanti daripada Anwar kerana beliau perlu merasa selesa di mana beliau mahu bertanding,” kata Daniyal.

Anwar berkata, terdapat tiga kerusi yang dipertimbangkan dengan setiap satu di utara, tengah dan selatan.

Minggu lalu, pemimpin dari Pulau Pinang berkata, mereka berharap Anwar akan mempertimbangkan kerusi Permatang Pauh dan Nibong Tebal.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, ia bukan di Pulau Pinang.

Saifuddin dijangka membuat pengumuman mengenai kerusi yang bakal ditandingi Anwar pada Rabu.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");