Perak Hari Ini

LPHP Agensi Ke-34 Tandatangan IBR

IPOH: Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) hari ini menjadi agensi kerajaan ke-34, bagi tahun 2018 di negeri ini, yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus berkata, jumlah keseluruhan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi-agensi kerajaan yang telah menandatangani IBR adalah sekitar 170.

Jelasnya, SPRM negeri menyambut baik inisiatif LPHP kerana sudi tampil kehadapan bekerjasama dengan mereka bagi membendung jenayah rasuah.

“Selepas menandatangani IBR, kita akan buat tindakan susualan seperti pengajuran kurus, seminar dan sebagainya.

“Kita juga akan meneliti segala prosedur operasi standard (SOP) mereka dan mana yang dirasakan perlu ada penambahbaikka, kita akan berikan bantuan dari segi konsultan.

“SPRM akan bertindak sebagai konsultan terhadap mana-mana sistem yang kita rasakan ada ruang yang boleh berlakunya jenayah rasuah ini, kita akan tambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis IBR oleh LPHP di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP Yuhanas Auree Kamaruddin.

Majlis disertai hampir 40 orang kakitangan LPHP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");