Perak Hari Ini

Maal Hijrah 1440H: Ahmad Awang, Datuk Lat Terima Anugerah Di Perak

IPOH:Kartunis terkenal negara, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat menerima anugerah Tokoh Ar-Ridzuan, manakala Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang, dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak 2018,sempena Sambutan Maal Hijrah 1440H/2018 peringkat negeri ini, hari ini.

Pemilihan Ahmad Awang dan Datuk Lat, berikutan sumbangan diberikan oleh mereka dalam bidang masing-masing terhadap negeri Perak.

Kedua-dua tokoh, masing-masing menerima wang tunai RM10,000, pakej umrah, medal, sijil, plak dan hadiah iringan.

Masjid Ar -Ridzuan Parit Buntar menerima Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik dan Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak, menerima Anugerah Pengurusan Tanah Perkuburan Terbaik.

Masing-masing menerima wang tunai RM5,000 dan sijil serta plak.

Semua penerima menerima anugerah yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sementara itu Tokoh Maal Hijrah Ahmad Awang ketika ditemui berkata apabila Islam memasuki tahun ke -40 perjuangan Hijrah Rasulluah SAW dan Perlembagaan Madinah seperti yang dititahkan Baginda Sultan adalah wajar dihayati semua.

“Kita melihat dunia Islam bukanya bangkit tetapi semakin roboh apabila peperangan melibatkan negara Islam tercetus hari ini kita dapat saksikan Syira hampir hancur musnah, Libya begitu juga Iraq jadi kita perlu besyukur di rantau Melayu belum sampai tahap itu namun gejala pepecahan umat di negara kita merusingkan.

“Titah baginda sangat wajar dihayati bukan hanya semua rakyat mengambil penganjaran hijrah Rasul SAW, Perlembagaan Madinah yang mana langkahnya menyatuni semua kaum bangsa biarpun teras aqidah tidak boleh berubah tetapi Islam itu dimartabatkan,” katanya.

Bagi Datuk Lat sendiri mengakui sama sekali tidak menjangka akan menerima penghargaan tersebut namun jelasnya minat melukis sejak kecil lagi hanya untuk menyampaikan mesej yang baik kepada semua orang.

“Saya asal dari Sungai Rokam seumur hidup melukis memang untuk masyarakat lukisan kartun komik ini sudah bermula sejak zaman sekolah dapat dorongan dariapda kelurga, guru dan rakan-rakan dengan bimbingan pelukis yang lebih lama tujuannya untuk berhubung dengan msyarakat dan menyampaikan mesej yang baik berhubungkan silaturahim.

“Syukur lukisan ini diterima di negara kita dan dapat sambutan di luar negara kerana jika kita ingin bersahabat kita perlu menghulurkan tangan nak bersalam itu adalah moto saya iaitu persahabatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");