Panasnya Hari Ini

Mana Ada Gaduh…

PETALING JAYA: Kehadiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli pada sidang media bakal Presiden PKR hari ini memperlihatkan kemesraan antara dua pemimpin yang sebelum ini didakwa bercakaran hingga menjejaskan imej parti itu.

Sementara menunggu ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan sidang media, dua calon Timbalan Presiden itu kelihatan berbual mesra, sekali gus menolak dakwaan parti itu sedang bergolak disebabkan dua pemimpin itu.

Turut kelihatan pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR itu ialah beberapa pengikut daripada kem Mohamed Azmin yang juga penyandang Timbalan Presiden dan Rafizi selaku Naib Presiden.

Di pihak Mohamed Azmin antara pemimpin yang hadir adalah calon Ketua Angkatan Muda (AMK) Dr Afif Bahardin dan daripada kem Rafizi pula Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Ketika berlangsung sidang media bagi mengumumkan Anwar sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, bakal presiden PKR itu sempat berseloroh dengan wartawan mengenai hubungan Mohamed Azmin dan Rafizi.

“Isu Rafizi dan Azmin anda (wartawan) tak tanya pula? Masa mereka tak duduk bersama semua sibuk nak tanya.

“Ini masa mereka ada… nampak baik (tak tanya soalan). Anda (wartawan) tak suka nampak baik, suka nampak gaduh,” katanya.

Kenyataan Anwar itu sekali gus mengundang gelak tawa Mohamed Azmin dan Rafizi termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Presiden PKR serta beberapa pemimpin lain termasuk wartawan yang hadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");