Sukan Hari Ini

Mane Bersihkan Tandas Masjid

LIVERPOOL: Sadio Mane dirakam membersihkan tandas sebuah masjid tempatan dan video itu dikongsi menerusi laman sosial yang menunjukkan bintang Liverpool berkenaan melakukan kerja amal, kira-kira sejam selepas meledak jaringan menentang Leicester City.

Pemain sayap dari Senegal itu meledak empat jaringan dalam empat perlawanan liga setakat ini untuk membantu The Reds mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam permulaan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Memetik laporan BH Online, video itu menunjukkan Mane sedang mengisi air di dalam sebuah bekas, manakala seorang kanak-kanak lelaki sedang menggunakan membersihkan lantai.

Pengguna laman sosial mendakwa, video itu dirakam di Masjid Al-Rahma, yang kerap dikunjungi Mane dan terletak di Mulgrave Street, Liverpool.

Kebiasaannya, setiap kali menjaringkan gol, pemain berusia 26 tahun itu akan melakukan sujud syukur di padang sebagai tanda kesyukuran.

Setakat ini, belum disahkan lelaki di dalam rakaman video itu adalah Mane. Namun, berdasarkan suara di dalam video berkenaan, seorang lelaki dipercayai perakam video beberapa kali menyebut nama Mane.

Penyerang The Reds itu memang terkenal dengan sikap merendah diri dan dikatakan menderma 200,000 pound (RM1.06 juta) untuk membina bangunan di sebuah sekolah di kampungnya, di Bambaly, Senegal.

“Ia adalah inisiatif yang begitu menyentuh hati saya,” kata Mane kepada Liverpool Echo, pada April lalu.

“Ia sesuatu yang membuatkan saya sangat gembira untuk melakukannya. Ia penting untuk membantu insan lain,”

“Mereka mendekati saya untuk melakukan inisiatif berkenaan, dan ia memang jelas, saya adalah individu yang betul untuk membantu mereka.

“Apabila mereka memaklumkan kepada saya mengenai perkara itu, saya sangat gembira untuk membantu,”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");