Perak Hari Ini

Mangsa Ribut Dapat Perhatian Adun Titi Serong

PARIT BUNTAR: Nasib penghuni di lapan buah rumah di Kampung Bagan Tiang, Kampung Titi Serong, Kampung Parit Tok Ngah Atas dan Kampung Sungai Labu Bawah, dekat sini, yang mengalami kerosakkan akibat hujan dan ribut kencang pada 28 Ogos lalu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Dalam satu lawatan ke rumah mangsa, beliau turut berkesempatan menyampaikan sumbangan daripada Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Serong kepada wakil-wakil penghuni rumah yang dilaporkan rosak.

“Hari ini saya turun melihat sendiri rumah-rumah yang terjejas banjir, dan majoriti daripadanya masih belum membaikpulih kerosakan yang berlaku.

“Saya mendengar rintihan mereka dan telah menyampaikan bantuan sekali lagi kepada semua mangsa ribut ini bagi membantu menampung kos baik pulih kerosakan rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat rumah yang terlibat di Kampung Parit Tok Ngah Atas, di sini, semalam.

Jelasnya, nilai sumbangan-sumbangan tersebut tertakluk kepada bentuk kerosakkan yang dialami rumah masing-masing.

Terdahulu, pihaknya telah memaklumkan dan meminta agar kesemua mangsa ribut dapat menyatakan kepadanya tentang nilai kerugian yang ditanggung.

“Saya juga telah memberi arahan kepada ketua kampung yang terlibat agar mereka memantau proses baik pulih rumah mangsa-mangsa tersebut.

“Saya berharap dan mendoakan agar semua mangsa tabah menghadapi ujian dan dan saya selaku wakil rakyat disini sentiasa mengambil maklum setiap perkara dan permasalahan yang berlaku oleh rakyat,” katanya yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");