Perak Hari Ini

Masalah Penghawa Dingin Perpustakaan Awam Negeri Perak Bakal Selesai Tahun Hadapan

IPOH:Kerosakan penghawa dingin di perpustakaan awam Negeri Perak yang berusia 24 tahun akhirnya telah mendapat maklum balas yang positif daripada kerajaan negeri.

Exco Pelancongan Negeri Perak YB Tan Kar Hing berkata kerajaan negeri dan Perbadanan perpustakaan awam memberikan komitmen tinggi dalam menawarkan perkhidmatan yang terbaik dalam mengenalpasti kerosakan penghawa dingin tersebut sejak Jun lalu.

Katanya pihak JKR serta pasukan penyelenggara telah membuat pemeriksaan dan mendapati penghawa dingin di perpustakaan tersebut sudah tidak boleh diperbaiki lagi.

“Tindakan drastik akan diambil untuk memperbaharui kedua-kedua kemudahan tersebut,” katanya pada satu sidang media selepas mengadakan lawatan ke perpusatakaan tersebut hari ini.

Kar Hing berkata terdapat dua tindakan akan dilaksakan yang mana langkah awal adalah dengan menyediakan 26 unit penyujuk udara di seluruh kawasan perpustakaan.

Manakala bagi tindakan kedua iaitu jangka panjang adalah dengan menukar semua sistem penghawa dingin lama yang menelan belanja RM1.3 Juta sumbangan daripada kerajaan negeri.

Turut hadir Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Mohammad Nazari Abdul Hamid.

Jelas Nazari biarpun berhadapan dengan masalah tersebut ia sama sekali tidak mengurangkan minat pengunjung untuk hadir ke perpustakaan malah jumlahnya kian meningkat.

“Angka pengunjung yang datang ke pustakaan awam tersebut meningkatkan. Hal ini, menunujukkan pengguna faham tentang situasi kerosakan yang dihadapi oleh pihak perpustakaan.

”Pihak kami telah mengenalpasti masalah keerosakan penghawa dingin tersebut berpunca daripada penyejuk udara dan penel kawalan yang sudah tidak berfungsi dan perlu ditukar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");