Membawang Hari Ini

Masih Bersedih, Ariana Grande Batal Hadiri Anugerah Emmy 2018

PENYANYI Ariana Grande dilaporkan masih belum bersedia untuk bertemu peminat selepas kematian bekas kekasihnya, Mac Miller.

Penyanyi lagu No Tears Left To Cry sepatutnya menghadiri anugerah Emmy 2018 di Microsoft Theater, Los Angeles, pada Isnin lalu.

Namun, pihak pengurusan memaklumkan bahawa Ariana memilih untuk tidak menghadiri acara tersebut.

“Ariana tak dapat hadir anugerah Emmy, kekasihnya iaitu Pete Davidson juga tidak datang,” kata wakil tersebut kepada E! News lapor Mstar Online.

Sebelum majlis tersebut berlangsung dapat dilihat tertera dua kerusi dengan nama Ariana dan Peter yang menunjukkan pasangan ini sepatutnya menghadiri acara tersebut.

Menerusi sumber terdekat, Ariana berterima kasih kepada peminat kerana memahami situasi yang sedang berlaku dalam hidupnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");