Jenayah

Mayat Lelaki Warga Asing Ditemukan Tergantung

BINTULU: Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan tergantung di sebuah kilang di Jalan Bintulu-Sibu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata, mayat lelaki warga asing berumur 23 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada pukul 1.20 tengah hari, yang kemudian menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bintulu.

“Polis telah melakukan pemeriksaan awal fizikal mangsa dan kawasan sekitar mendapati tiada unsur-unsur mencurigakan ditemui,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini lapor Bernama.

Zulkipli berkata, pasukan perubatan dari Hospital Bintulu turut membuat pemeriksaan lanjut ke atas mayat berkenaan di lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");