Perak Hari Ini

MB Perak Ucap Selamat Berjaya Kepada Calon UPSR

IPOH: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini.

Menerusi posting di laman Facebook, beliau turut mendoakan kesemua mereka agar sentiasa berada di bawah rahmah Allah.

“Saya percaya anak-anak semua sudah pun melakukan persediaan yang secukupnya dan dapat menjawab semua soalan dalam keadaan yang tenang.

“Saya amat yakin akan kebolehan akademik anak-anak Negeri Perak dan saya ingin melihat agar sifat mahukan kecemerlangan di dunia dan akhirat disematkan di dalam jiwa setiap rakyat,” tulisnya pada awal pagi tadi.

Hari ini, kesemua calon UPSR sedang menduduki ujian bagi kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan.

Difahamkan, di Perak, seramai 33,499 calon kini sedang menduduki UPSR 2018 yang dijalankan sehingga 27 September ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");