Perak Hari Ini

MB Terima Kunjungan Hormat Menteri Brunei

IPOH: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam, Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Seri Aminuddin Ihsan Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Abidin, di kediaman rasminya, di sini.

Ketibaan Menteri Brunei Darussalam itu yang diiringi wakil-wakil delegasi negaranya tiba di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak sekitar jam 8.30 pagi tadi dan ia disambut Ahmad Faizal.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Gazali Jalal serta Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abu Bakar Said.

Ahmad Faizal kemudiannya mengadakan pertemuan tertutup dengan Aminuddin yang berlangsung sekitar 1 jam.

Selepas itu, sebelum bergerak meninggalkan Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Menteri Brunei itu kemudiannya menyampaikan cenderahati kepada Ahmad Faizal yang berupa senaskah buku berkenaan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Difahamkan ia merupakan sebahagian daripada program lawatan rasmi Aminuddin ke Perak bersempena dengan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018.

Beliau merupakan antara tetamu kehormat yang hadir semasa pembukaan temasya sukan dwitahunan itu yang berlangsung semalam di Stadium Perak.

Ia juga sebagai kunjungan balas, susulan lawatan rasmi Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang mewakili Ahmad Faizal, ke Pejabat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam pada 3 September lalu

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");