Berita Hari Ini

Menang PRU-14 Perkara Mudah Bagi PH

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menjangkakan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu adalah bahagian paling sukar.

Namun, sebaliknya yang berlaku apabila memenangi PRU-14 menjadi perkara mudah berbanding tanggungjawab melaksanakan tugas masing-masing.

Perdana Menteri, yang membuat penampilan mengejutkan pada sambutan Hari Kebangsaan ‘Malaysia untuk Malaysia’ hari ini, memberi penghormatan kepada pencapaian rakyat membolehkan perubahan pertama terjadi dalam kerajaan selepas 61 tahun.

“Kita fikir (memenangi PRU-14) adalah bahagian yang sukar, tetapi kini kita sedar bahawa ia adalah bahagian yang mudah,” katanya dalam sebuah portal dalam talian, semalam.

Beliau berkata, apabila PH membangunkan manifesto PRU-14, ia dilakukan berdasarkan jangkaan bahawa Barisan Nasional (BN) akan memenangi PRU-14, dan PH perlu memastikan kerajaan berada di landasan yang sepatutnya.

Mengambil contoh melantik pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang juga salah satu daripada manifesto PH, Dr Mahathir berkata, PH meletakkan kedudukan mereka di kedudukan yang strategik untuk diteliti.

“Ada banyak perkara lain yang kita masukkan dalam manifesto dengan fikiran bahawa kita akan menjadi pembangkang, namun kini kita adalah kerajaan.

“Antara perkara yang kita janjikan adalah untuk mengehadkan kuasa Perdana Menteri, dan kini kita mengehadkan kuasa yang ada sekarang.

“Kita yang buat janji ini, jadi kita perlu diperiksa dan diteliti oleh pihak pembangkang, yang juga kerajaan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir meluahkan rasa gembira apabila perarakan Hari Kebangsaan yang sebelum ini diadakan di negeri berlainan, kini sudah kembali ke Putrajaya.

Katanya, Putrajaya adalah tempat yang sesuai bagi sambutan Kemerdekaan memandangkan ruang yang disediakan adalah lebih luas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");