Jenayah

‘Momo Challenge’ Ragut Dua Nyawa

BARBOSA – COLOMBIA. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan seorang remaja 16 tahun menjadi korban terkini permainan atas talian ‘Momo Challenge’ yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Kematian mangsa berlaku dalam tempoh 48 jam antara satu sama lain di Barbosa, Santander, utara Colombia.

Menurut polis, kedua-dua mangsa yang belum dinamakan, dipercayai maut setelah menyertai ‘Momo Challenge’, permainan atas talian yang menggalakkan peserta membunuh diri.

Media tempatan melaporkan, mayat remaja lelaki berkenaan ditemui terlebih dahulu dan dia dipercayai memperkenalkan permainan tersebut kepada kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tersebut yang merupakan mangsa kedua.

Mayat kanak-kanak perempuan berkenaan ditemui tergantung di rumahnya dua hari kemudian oleh ahli keluarga.

Telefon bimbit kedua-dua mangsa turut diperiksa dan pihak polis mendapati terdapat mesej berkaitan permainan tersebut.

‘Momo Challenge’ dikatakan mempunyai pelbagai peringkat dengan cabaran berbeza, seperti menonton filem seram atau mencederakan diri sendiri.

‘Tugasan’ menjadi semakin sukar dan pada hari ke-50, permainan diakhiri dengan peserta diarah membunuh diri. – Metro.co.uk

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");