Sukan Hari Ini

Muller Cemburu Kepantasan Mbappe

TONGGAK Jerman, Thomas Muller, mungkin sudah memiliki segalanya dalam karier bersama Bayern Munich dan skuad kebangsaan, namun dia tetap mencemburui kepantasan yang dimiliki penggempur Perancis, Kylian Mbappe.

Jerman dan Perancis bertemu pada awal pagi semalam di Munich dan walaupun aksi pertama Liga Negara-Negara UEFA itu berakhir seri tanpa jaringan, Mbappe jelas mempamerkan persembahan memukau tatkala juara dunia itu tampak buntu di depan gol.

Pemain berusia 19 tahun itu sentiasa memberikan masalah buat benteng Jerman dengan aksi lincah, gerakan bijak serta kawalan permainan yang cemerlang.

Namun, bagi Muller, Mbappe sangat cemerlang apabila menggunakan kepantasan yang dimiliki.

“Dia memiliki kelajuan dalam punggungnya, sesuatu yang diinginkan oleh semua orang,” kata Muller, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

“Mbappe selangkah lebih pantas dan meninggalkan pihak lawan di belakang. Anda harus mengekang pemain sepertinya dengan kudrat lebih daripada seorang pertahanan, walaupun ketika dia mengatasi seorang pemain kerana seorang lagi benteng harus menyekatnya.

“Itu sahaja cara untuk anda menyekat pemain hebat seperti Mbappe. Sudah pasti dia meraih aksi cemerlang ketika banyak pihak tertumpu kepadanya.”

Aksi pada awal pagi semalam merupakan perlawanan pertama buat Jerman sejak mengharungi kempen buruk dalam Piala Dunia, di mana mereka tersingkir daripada peringkat kumpulan selepas tewas 2-0 di tangan Korea Selatan di Kazan.

Sejak itu, beberapa isu berlaku seperti persaraan Mesut Ozil di peringkat antarabangsa serta pendedahannya mengenai insiden perkauman daripada Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB), di mana ia dinafikan oleh badan kerajaan sehingga menjadi bualan ramai dalam pasukan kebangsaan dan Muller mengakui mereka melangkah masuk ke padang dengan penuh berhati-hati.

“Kami berdepan tekanan besar sebelum perlawanan,” tambahnya.

“Namun, kami tetap berusaha untuk memberikan aksi terbaik.

“Anda harus memberikan kelainan. Ia bukan persembahan terbaik dan kami harus menebusnya. Perlawanan itu adalah satu permulaan.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");