Sukan Hari Ini

Negara Luar Pandang Tinggi Pengadil Malaysia

KUALA LUMPUR: Ketika kemampuan pengadil Malaysia sering kali dipersoal dan dijadikan isu oleh penyokong bola sepak tempatan, reputasi mereka bagaimanapun dipandang tinggi negara luar.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh, beberapa pengadil akan menjalani program pertukaran dan mereka bakal diberi peluang mengadili perlawanan di Liga Super India (ISL).

“Baru-baru ini, ada cadangan mengenai program pertukaran pengadil apabila India berminat untuk menggunakan khidmat pengadil kita.

“Jadi, kami sedang membincangkan mengenai kualiti di ISL dan bagaimana pengadil kita dapat pergi ke sana dan meningkatkan persembahan mereka.

“Kita juga bekerjasama rapat dengan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan selalu mendapatkan maklumat untuk meningkatkan kualiti pengadil kita. Jadi kita sebenarnya tidak duduk diam saja,” katanya.

Dalam masa sama, Subkhiddin menjelaskan kesilapan dalam pengadilan tetap boleh berlaku meskipun pelbagai langkah penambahbaikan sudah diambil.

“Kalau kita berada di sini, kita nampak lebih banyak buruknya mengenai pengadil kita. Tetapi apabila kita keluar negara, ramai orang menyatakan kita bagus.

“Saya pergi ke Korea Selatan, Jepun dan juga Eropah pun sama juga kerana mereka turut berdepan masalah walaupun ada pengadil profesional.

“Masalah tetap berlaku di peringkat bawahan namun kesilapan dilakukan mereka jarang diperbesarkan,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");