Panasnya Hari Ini

Nurul Izzah: Saya Tak Akan Jadi Pak Turut Parti, Kerajaan

Nurul Izzah Anwar melihat dirinya sebagai naib presiden yang akan membawa suara nurani dari dalam parti dan kerajaan.

Dalam debat empat calon naib presiden bagi pemilihan PKR 2018 anjuran Astro Awani malam ini, Izzah dalam hujah untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya itu berkata beliau tidak akan menjadi pak turut.

“Perubahan untuk membina kebaikan dan ia berlanjutan. Saya akan jadi anggota parlimen dan naib presiden yang bukan sekadar pak turut.

“Saya mahu sentiasa menjadi consience yang mengingatkan kerajaan pusat dan negeri tentang tanggungjawab mereka dan reformasi yang harus dituruti.

“Perancangan perlu ada pelaksanaan sebenar. Reformasi bukan (sekadar) kata-kata..ia pelaksanaan dan kita harus jalankannya secepat mungkin,” katanya yang juga penyandang jawatan itu.

Selain Izzah, calon lain yang menyertai debat itu adalah Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Mohd Akin, Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan bekas Anggota Parlimen Batu Tian Chua.

Beliau meminta anggota PKR sentiasa berempati terhadap apa yang dilalui bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dirinya sebagai simbol perjuangan parti.

“Bukan saja dinafikan kebebasan, hak beliau sebagai warganegara yang tidak bersalah (terhadap jenayah yang dikaitkan dengannya), kepada hak memegang jawatan dan bertanding dalam politik, untuk mengembangkan sayap dan bakat.

“Ia kezaliman bertahun-tahun…Tentulah ada pihak yang bimbang (terhadap dirinya)…Tetapi kita tak boleh nafi (dirinya sebagai) yang dijadikan simbol oleh semua ahli.

“Maka dengan sedikit empati pasti kita boleh redakan ketegangan (dalam parti),” katanya lagi.

Selain mereka, ada sembilan lagi yang akan bertanding merebut jawatan itu antaranya Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar, William Leong (anggota parlimen Selayang) dan Michael Tamil (bekas ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya).-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");