Membawang Hari Ini

Pakai Seksi Lancar Album Pun Tak Menjadi, Siti Nordiana Berniaga Pasar Malam

PENYANYI Siti Nordiana melalui kehidupan berliku untuk menampung kehidupan dia dan anaknya sebelum mendapat peluang kedua sebagai penyanyi.

Siti Nordiana, 34, atau lebih mesra dipanggil Nana berkata, dia pernah berasa putus asa dengan kerjaya dan berniaga di pasar-pasar malam.

“Saya pernah rasa putus asa dengan kerjaya kerana buat apa sahaja tak menjadi sampai saya pernah pakai seksi untuk pelancaran lagu pun tak menjadi.

“Masa tu saya rasa memang sudah tiada ruang lagi buat saya salam industri. Saya berniaga pasar malam dan di bawah-bawah flat untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya kepada mStar Online.

Penyanyi lagu Terus Mencintai ini ditemui pada majlis sidang media konsert Sayangi Malaysiaku yang diadakan di Kementerian Belia Dan Sukan, Putrajaya.

Pelakon Dia Semanis Honey ini berkongsi kisah kehidupannya menerusi buku berjudul Life Goes On.

Katanya, dia mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan buku berkenaan.

Dalam pada itu, Siti Nordiana berkata, dia juga berkongsi foto-foto peribadinya yang tidak pernah dimuat naik di laman sosial.

“Banyak foto lama masa saya susah dulu ketika menyanyi di funfair dan bersama arwah suami (Mohd. Faizal Yusp) ada dalam buku itu.

“Saya harap apa yang saya ceritakan dapat memberi inspirasi kepada wanita yang senasib dengan saya. Apa yang mereka perlu lakukan apabila berasa putus asa dengan kehidupan,” ujarnya.

Sementara itu, Siti Nordiana berkata, dia mendapat reaksi positif daripada pembaca yang sudah membaca buku berkenaan.

Malah, katanya, ramai yang memberi mesej peribadi berkongsi kisah yang sama.

“Ada yang sudah beli dan mesej saya berkongsi kisah mereka pula. Ada yang minta pandangan dan mendapat manfaat daripada kisah saya itu,” ujarnya.

Buku Life Goes On terbitan Must Read itu akan dilancarkan di MPH pada Sabtu ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");