Perak Hari Ini

Pasukan Futsal Lelaki Pahang Leburkan Harapan Sarawak

LUMUT: Skuad Futsal Lelaki Pahang berjaya mengesahkan kedudukannya di separuh akhir apabila berjaya menundukkan Sarawak 2-1, dalam persaingan Suku Akhir Futsal Lelaki, Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, hari ini.

Jaringan gol pemain Sarawak, Muhammad Erzuan Gapar pada minit ke-9 menaikkan semangat pasukkan dan pegawai-pegawainya yang hadir di lokasi acara di Manjung Indoor Sport Arena, di sini.

Namun, sorakkan kegembiraan mereka berjaya disenyapkan apabila pemain Pahang, Amir Izzat Amran berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-16.

Pertahanan Sarawak terus diasak Pahang dan akhirnya Imran Syamim Mohd Saifullah berjaya menghadiahkan gol kedua buat Pahang pada minit ke-18.

Aksi pada babak kedua permainan memperlihatkan Sarawak masih gagal membalas dendam dan Pahang pula gagal menjaringkan sebarang gol tambahan.

Pada aksi perlawanan berasingan, terdahulu, skuad futsal wanita Selangor dengan mudah menundukkan Negeri Sembilan, 6-3.

Selangor memulakan aksi dengan langkah kanan apabila Nur Syafiqah Zainal Abidin berjaya menjaringkan gol pada minit ke-3 dan seterusnya pada minit ke-11.

Negeri Sembilan bingkas bangkit apabila Puteri Nadhirah Izzati Mohd Yunus mengadiahkan leretan gol pada minit ke-19.

Babak kedua permainan bersambung dan Syafiqah dilihat menguasai permainan dengan baik apabila berjaya melengkapkan gol hatriknya pada minit ke-26 serta gol keempat pada minit ke-37.

Terdahulu, skuad Selangor terus mengasak lawan apabila pemainnya M.Abiinayaa dan Nurul Safira Hassan, masing-masing berjaya menghadiahkan gol pada minit ke-36.

Nur Fatin Ilayana Zahari dan Syazwani Zainal pula masing-masing berjaya membolosi pertahanan lawan dan menjaringkan gol pada minit ke-39.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");