Berita Hari Ini

Pelantikan Maszlee Dikaji Semula – PM

PETALING JAYA: Isu pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketujuh akan dikaji semula, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menyifatkan isu berkenaan bukan ibarat ‘terukir di batu’, justeru kerajaan akan meneliti semula keputusan berkenaan susulan dikritik pelbagai pihak yang mengatakan ia bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

“(Isu) UIAM ini ramai beri pendapat, kita sensitif dengan luahan hati masyarakat dan kita akan kaji semula pelantikan ini (Maszlee sebagai Presiden UIAM ketujuh).

“Ia (pelantikan) bukan terukir di batu, justeru kita boleh ubah pendirian kita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Presiden PH, di Menara Yayasan Selangor, di sini, hari ini, lapor BH Online.

Pada Rabu lalu, pelantikan Maszlee bagi menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang tamat kontrak, Julai lalu diumumkan menerusi Facebook Kesatuan Kakitangan Akademik (ASA) UIAM.

Berikutan percaturan itu, ramai pihak tampil menyuarakan bantahan, selain mengkritik corak urus tadbir kerajaan diterajui PH yang dikatakan bercanggah dengan inti pati manifesto parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");