Panasnya Hari Ini

Pemimpin, Ahli PKR Digesa Henti Bertelingkah

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin PKR menyuarakan kebimbangan berhubung pertelingkahan dalam kalangan pemimpin dan ahli parti itu yang boleh merosakkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden parti.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Gooi Hsiao Leung, berkata beliau menggesa pertelingkahan itu PKR dihentikan segera supaya tidak menggugat kewibawaan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah itu berkata, pertelingkahan ini adalah keterlaluan kerana ia hanya disebabkan perebutan jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti kali ini.

“Kita harus belajar untuk hidup bersama sebagai saudara atau binasa bersama sebagai orang bodoh. Kita sudah keterlaluan kali ini dalam pemilihan parti untuk menumpahkan darah terutama dalam pertandingan jawatan timbalan presiden.

“Ia bukan sahaja menjejaskan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua parti dan perdana menteri (kelapan) yang akan dipilih, ia juga merosakkan kredibiliti Pakatan Harapan untuk mentadbir negara kita.

“Bagaimanakah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mentadbir negara ini sebagai perdana menteri jika negara dan rakan kongsi kita dalam pakatan melihat kita sebagai orang tak henti-henti bergaduh dan merosakkan diri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Sehubungan itu, Hsiao Leung menggesa semua pemimpin dan ahli PKR supaya bangkit bekerja keras demi parti dalam usaha mendapatkan penghormatan dan kepercayaan rakan dalam PH dan rakyat.

“Ya, kita adalah parti terbesar dalam gabungan PH, dan oleh itu apa yang dikatakan pemimpin kita secara umum mempunyai kesan dan akan mencerminkan kemampuan PH untuk memerintah.

“Pemilihan parti ini bukanlah mengenai pertandingan personaliti atau keperibadian, sama ada yang menyokong Rafizi Ramli atau (Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali.

“Matlamat dan objektif pemilihan parti kita mesti untuk muncul sebagai parti yang lebih kuat dan bersatu, tidak dibahagikan dan dipecah, untuk memenuhi agenda reformasi 509 yang baharu iaitu untuk menjadikan PH lebih kuat agar tetap fokus sepenuhnya untuk memenuhi mandat yang diberikan orang ramai dalam Malaysia baharu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");